Indahnya bahasa.... Bahasa memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sesuatu hasrat. Bahasa yang baik akan dapat difahami sama ada maksud bahasa yang tersurat atau tersirat. Bahasa yang tersurat adalah yang bertulis dan dapat difahami secara terus manakala bahasa yang tersirat adalah maksud yang berlapis dan mempunyai makna yang lain. Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, yang indah bahasa.
Monday, 30 July 2012
LATIHAN: TATABAHASA 1 (PERALIHAN)
1. Kim Leng_______pokok bunga itu air basuhan beras.
a.mencurahi. b.dicurahkan. c.mencurahkan. d.dicurahi.
2.Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke Sabah.
a.mengajar b.mengajarkan c.ajarkan d.diajarkan.
3.Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.
a.ditanak. b.dikukus. c.direbus d.dijerang.
4.Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.
a.mengandas. b.menjinjing. c.menatang. d.membimbit.
5.______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap berdegil dengan meletakkan kenderaannya di kawasan tunda itu.
a.Biarpun, begitu juga. b.Mestipun, kecuari. c.Walaupun, namum
d.Sungguhpun, maka.
6.Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________ terbunuh.________ pemandu lori itu pula hanya cedera ringan.
a.lalu, Biarpun. b.dan, Manakah. c.apabila, Sementara d.maka, Adapun.
7.Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya.
a.biji, buah b.berkas, butir c.tangkai, biji. d.ulas, ikat.
8.Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.
a.biji b.kelompok c.buah d.gerombolan.
9.Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api.
a.batang b.papan c.berkas d.laras.
10.________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
a.Bebatang b.Bebuli c.Reranting d.Kekayu
11.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.
a.lelapi b.lelabah c.Kekabu d.tetupai.
12.Tudung saji digunakan untuk menutup________itu.
a.sampah-sarap b.semak-samun c.sayur-mayur d.lauk-pauk
13._______ yang mengatur perlawanan bola sepak antara pasukan itu telah diberkas polis.
a.Kaki botol b.Kaki judi c.Kaki bola d.Kaki sapu
14.Budak_______itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah Matematik yang sukar ini.
a.otak kancil b.otak udang c.otak cair d.otak beku.
15."Janganlah_______pangkat kamu tidaklah setinggi mana"kata pak cik Leman menyindir Ayub.
a.tangkai jering b.hancur hati c.pedih hati d.hidung tinggi.
16.Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola sepak sekolahnya.
a.tewas b.prihatin c.kecewa d.menangis.
17.Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.
a.meminta b.diminta c.permintaan d.mintalah
18.Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia.
a.terpelihara,terkorban b.terkawal,tenat c.terjaga,menemui ajal. d.terbelai,mati.
19.Tan tidak berselera hendak makan di gerai yang kotor itu.
a.lalu b.biasa c.ingin d.berasa.
20.Dia mengirimkan se__________poskad kepada sahabat karibnya.
a.pucuk b.laras c.helai d.keping
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Boleh tau ada tak buku latihan bm peralihan untuk form 1? Pls send info hanimahmaswandi@yahoo.com atau 0132464393
ReplyDelete