Wednesday 1 August 2012

UJIAN 2 - PERALIHAN (2012)



BAHAGIAN A (10 markah)
Jawab semua soalan di bawah.

1.    __________, kamu semakin cantik sejak memakai produk kecantikan itu!

A.  Cis
B.  Hai
C.  Amboi
D.  Aduhai

2.    Kelihatan __________burung berterbangan di angkasa pada waktu petang.

A.  sekawan
B.  selonggok
C.  sepasukan
D.  sekelompok

3.    Pak Cik Cheong __________ pokok-pokok cili di kebunnya pada setiap pagi dan petang.

A.  membaja
B.  menyiram
C.  menanam
D.  memotong

4.    Adik __________ melihat ikan-ikan peliharaannya berenang di dalam akuarium.

A.  leka
B.  lalai
C.  takjub
D.  gugup

5.    Aktiviti __________ yang diadakan itu dapat melatih murid-murid berdikari.

A.  perjumpaan
B.  perhimpunan
C.  perkhemahan
D.  persembahan
6.    Pasar raya itu menawarkan __________ harga sehingga 50 peratus kepada pelanggannya.

A.  tolakan
B.  keratan
C.  silangan
D.  potongan

7.    “Ampun __________, sembah patik harap diampun,” kata Bendahara kepada Sultan Melaka.

A.  patik
B.  tuanku
C.  bendahara
D.  tuan hamba

8.    “Elakkanlah sikap __________ diri sendiri dalam kehidupan bermasyarakat,” pesan ketua kampung.

A.  membiarkan
B.  menampilkan
C.  mementingkan
D.  mengetengahkan

9.    Semua murid kelas 4 Intelek hadir pada hari ini __________ Sim Yee dan Zhi Jing.

A.  tetapi
B.  sebab
C.  kerana
D.  kecuali

10. Para penyelamat telah __________ menyelamatkan mangsa tsunami di kawasan itu.

A.  kelam-kabut
B.  bertungkus-lumus
C.  berebut-rebut
D.  cepat-cepat



BAHAGIAN B (10 markah)

Isi tempat kosong dengan perkataan yang diberikan.


menjual
melayan
mengayuh
menyemak
beratur
menyapu
berlari
mencatat
membantu

melihat



1.    Tiga orang murid sedang _________________________ untuk menaiki bas.
2.    Seorang peniaga _________________________ air di tepi perhentian bas.
3.    Dua orang murid _________________________ basikal untuk pulang.
4.    Seorang guru sedang _________________________ buku latihan murid-murid di mejanya.
5.    Seorang perempuan sedang _________________________ sampah supaya bersih.
6.    Tiga orang peserta _________________________ dengan pantas untuk menang.
7.    Lima orang penonton _________________________ acara itu sambil bertepuk tangan.
8.    Dua ahli Persatuan Bulan Sabit Merah _________________________ peserta yang cedera.
9.    Dua orang pengadil sedang _________________________ sesuatu di atas kertas untuk menentukan juara pertandingan.
10. Seorang juruwang sibuk _________________________  pelanggan di kaunter.

BAHAGIAN C (10 markah)

Padankan aktiviti dengan nilai murni yang betul.


Aktiviti

Nilai murni
1.    Memberikan hadiah kepada guru

a)    Menambah pengetahuan
2.    Tidak mahu menyusahkan ibu bapa

b)    Menjaga keselamatan
3.    Menggunakan wang dengan cermat

c)    Menghulurkan bantuan
4.    Menggunakan wang simpanan untuk membeli buku rujukan

d)    Menjaga kesihatan
5.    Membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah dalam pelajaran

e)    Bertimbang rasa
6.    Gemar membaca buku


f)      Rajin bertanya
7.    Menyiapkan kerja sekolah atau membuat ulang kaji

g)    Bijak menguruskan wang
8.    Meminta nasihat tentang penjagaan gigi

h)    Mengenang jasa
9.    Tidak makan makanan ringan

i)      Bijak menguruskan masa
10. Mengayuh basikal dengan berhati-hati

j)      Berjimat cermat










BAHAGIAN D (10 markah)

Susun semula perkataan di bawah menjadi ayat yang lengkap.


sepucuk
daripada
menerima
surat
kawannya
Abang

1.    _______________________________________________________


itu
bahasa Melayu
fasih
dalam
Semua
bertutur
pelajar

2.    _______________________________________________________


setelah
Adik
dari
kepenatan
sekolah
pulang

3.    _______________________________________________________


dengan
Ah Kim
pasar
ke
emaknya
pergi

4.    _______________________________________________________


hari
cuti
tiga
mengambil
selama
Saya

5.    _______________________________________________________


harus
sekolah
pelajar
peraturan
Semua
mematuhi

6.    _______________________________________________________


telah
Kawan
terlibat
kami
dalam
kemalangan

7.    _______________________________________________________



patah
lapan
Karangannya
perkataan
puluh
mengandungi

8.    _______________________________________________________


hendaklah
yang
orang
dalam
menolong
Kita
kesusahan

9.    _______________________________________________________


untuk
menjahit
baju kurung
Emak
sehelai
kakak

10. _______________________________________________________


BAHAGIAN E (10 markah)

Lengkapkan ayat-ayat dalam petikan di bawah.

Petikan 1

buah rambutan yang masak merah dan buah durian
setelah enam jam duduk di dalam kereta
makan buah durian itu sepuas-puasnya.
kira-kira pukul 5.00 petang
lorong yang dipenuhi pokok-pokok kecil di kiri dan kanannya.



Kami tiba di rumah datuk (1) ______________________________
___________________________________. Ketika itu datuk sudah siap bertopi. Sebilah parang terselit di pinggangnya. Dia hendak ke dusunnya.
“Mari ikut Atuk ke dusun,” pelawa datuk.
Meskipun kami keletihan (2) ______________________________
__________________________, namun saya bersetuju mengikut datuk. Lagipun saya terbayang (3) __________________________________

_________________________________________________ yang saya gemari itu. Saya mengekori datuk ke dusun yang terletak di hujung kampung. Kami melewati (4) __________________________________
_________________________________________________________.
Sebaik sahaja tiba di dusun yang telah dibersihkan itu, kedengaran buah durian gugur. Saya terus berlari untuk mengutipnya. Saya menemukan lima biji buah durian. Datuk mencekah buah durian itu dan kami (5)_______________________________________________
______________________________.


Petikan 2

hendak menyertainya.
menaikkan semangat kesukanan antara pelajar.
pertandingan badminton antara rumah sukan.
penyertaan daripada Cikgu Zamani.
menyertai pertandingan ini?


Ranjit     : Minggu hadapan, Kelab Badminton akan mengadakan     
                (6) _______________________________________________
                _________________________________________________
Mansor  : Betulkah? Kalau begitu saya (7) _______________________
                _________________________________________________
Ranjit     :Pertandingan ini akan dapat (8) ________________________
                _________________________________________________
Mansor  : Bagaimanakah caranya untuk (9) ______________________
                _________________________________________________

Ranjit     : Kamu boleh dapatkan borang (10) ______________________
                _________________________________________________
                Saya pun ingin menyertai pertandingan ini untuk sama-sama  
                bersaing dengan rakan-rakan lain.
Mansor  : Kalau begitu, marilah kita wakili rumah sukan masing-masing 
                dalam pertandingan ini.






KERTAS SOALAN TAMAT




Disediakan oleh,                                                                  Disemak oleh,                     


…………………….                                                               …………………….  
(Cik Siti Nurul Hawa binti Abd Wahab)                           (Pn. Malini binti Ismail)
Guru Bahasa Melayu Peralihan                                       Ketua Panitia Bahasa Melayu
SMK Taman Johor Jaya 2                                                  SMK Taman Johor Jaya 2




Disahkan oleh,


…………………….
(Pn. Joan Ng Bee Khiaw)
Guru Kanan Bahasa
SMK Taman Johor Jaya 2






No comments:

Post a Comment