Monday, 30 July 2012

UJIAN BULANAN KEDUA BAHASA MELAYU TINGKATAN 2


UJIAN BULANAN KEDUA
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2

Soalan 1 hingga soalan 7
Jawab soalan-soalan berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1.
Para tetamu mendoakan agar pasangan pengantin itu hidup bahagia hingga _______  akhir hayat.


A
ke

B
kepada

C
dengan

D
sampai

2.
Shalin Zulkifli adalah _________ pemain boling terbaik negara.


A
di antara

B
antara

C
daripada

D
dari

3.
Dia terkejut__________mendengar berita kematian rakan karibnya itu.


A
bila

B
apabila

C
semasa

D
sejak

4.
Artis wanita gemar memakai pakaian yang________mata.


A
mencolok

B
menjolok

C
mencucuk

D
mencungkil

5.
Pada setiap hari Ahad, Mary akan pergi ke________untuk bersembahyang.


A
kuil

B
dewan

C
gereja

D
surau

6.
Jenazah itu akan_______tengah hari esok.


A
dikebumikan

B
disimpan

C
ditanam

D
diawet

7.
Setelah melalui pengalaman pahit itu, dia berasa______untuk ke tempat itu lagi.


A
takut

B
gentar

C
ngeri

D
serik

Soalan 8 hingga soalan 14
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8.
Para peserta yang layak ke pusingan seterusnya akan dihubungi oleh pihak
  A                                                                                       B

penganjur kelak. Tiada kesalahan
                    C              D

9.
Hiruk-pikuk kedua-dua suami isteri yang sedang bertengkar itu mengganggu
        A                                                                           B

ketenteraman jiran tetangga. Tiada kesalahan.
                                C                     D

10.
Orang buta itu telah dipimpin oleh seorang pemuda yang baik hati untuk
                                             A                                                                                           

menyeberangi jalanraya yang sibuk itu. Tiada kesalahan.
          B                 C                                           D

11.
Remaja-remaja kini lebih suka membaca majalah-majalah picisan yang melambak
          A                                                                                      B                     C

di pasaran. Tiada kesalahan.
                              D 

12.
Kelebihan menghidu membolehkan penyu mengesan destinasi khususnya                                            
                        A 

mengenalpasti tempat untuk bertelur. Tiada kesalahan.
         B                           C                           D

13.
Oleh kerana tidak sanggup lagi menanggung aib, Asnah akhirnya membawa diri ke                                        
       A                                                               B                                      C

Kuala Lumpur. Tiada kesalahan.
                                   D

14.
Penduduk di kawasan pendalaman itu terpinggir dari segala kemudahan yang
                                            A                     B

sepatutnya dikecapi oleh setiap warganegara. Tiada kesalahan.
                                                          C                         D

Soalan 15 hingga soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

15.
I
Air sungai itu akan menjadi singkat pada musim kemarau.

II
Tiada jalan yang singkat untuk mencapai sesuatu kejayaan.

III
Kain yang dipakai oleh perempuan itu agak singkat.

IV
Singkat sungguh fikiran kamu ini,” kata ayah kepada Murad.


A
I dan II sahaja

B
III dan IV sahaja

C
I, II, dan IV sahaja

D
II, III, dan IV sahaja                                                     

16.

I

Sejak kecil lagi dia gemar makan buah durian.

II
Mohd. Fauzi sangat pandai lagi rajin.

III
Walaupun sudah memiliki kereta, dia membeli sebuah lagi.

IV
Lagi nyawa di kandung badan, lagi itu kita berjuang.


A
I dan II sahaja

B
III dan IV sahaja

C
I,II, dan III sahaja

D
II,III, dan IV sahaja

17.
I
Ayah terpaksa memerah keringat bagi menyara kehidupan kami sekeluarga.

II
Mawi memerah buah tembikai untuk mendapatkan jusnya.

III
Mereka memerah otak untuk mencari jawapan kuiz itu.

IV
Muthu memerah susu lembu setiap pagi sebelum ke sekolah.


A
II dan III sahaja

B
II dan IV sahaja

C
I, III, dan IV sahaja

D
I, II, III, dan IV

Soalan 18 hingga soalan 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18.
Idea itu tercetus ketika dia sedang memasak.


A
ketika semasa dia sedang memasak.

B
waktu dia sedang memasak.

C
apabila semasa dia sedang memasak.

D
ketika dia sedang memasak.

19.
Perpaduan kaum mestilah dipupuk demi untuk menjamin kemakmuran negara.


A
demi menjamin

B
bagi untuk menjamin

C
supaya menjamin

D
demi untuk menjamin

20.
Sabun ini penggunaannya adalah untuk mencuci muka sahaja.


A
kegunaannya adalah untuk

B
penggunaan ialah bagi

C
menggunakannya adalah untuk

D
penggunaannya adalah untuk

21.
Wawasan negara akan menjadi nyata kiranya kaum di negara itu bersatu padu.


A
menjadi kenyataan kiranya semua kaum

B
menjadi nyata sekiranya semua kaum

C
menjadi kenyataan sekiranya semua kaum

D
menjadi nyata kiranya kaum
Soalan 22 hingga soalan 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22.
Sikap jimat cermat perlu disemai dalam jiwa masyarakat agar mereka tidak membazir ketika berbelanja.


A
Masyarakat perlu dididik agar berjimat cermat ketika berbelanja supaya tidak membazir.

B
Berjimat cermat perlu disemai dalam jiwa masyarakat sekiranya kita ingin berjimat.

C
Ketika berbelanja kita perlu berjimat agar tidak berlaku pembaziran.

D
Kita perlu berjimat cermat supaya masyarakat tidak membazir.

23.
Pak Nawawi gembira kerana mendapat jiran baru yang prihatin dan baik hati.


A
Pak Nawawi dan jiran barunya prihatin dan baik hati.

B
Jiran baru Pak Nawawi seorang yang prihatin dan baik hati.

C
Sikap jiran barunya yang prihatin dan baik hati itu menggembirakan Pak Nawawi.

D
Sikap Pak Nawawi yang prihatin dan baik hati itu menggembirakan jiran barunya.

24.
Selepas mendengar nasihat Cikgu Bahariah, Hafiq semakin bersemangat untuk belajar.


A
Cikgu Bahariah menasihati Hafiq supaya bersemangat untuk belajar.

B
Hafiq semakin bersemangat untuk belajar selepas mendengar nasihat Cikgu Bahariah.

C
Cikgu Bahariah dan Hafiq semakin bersemangat untuk belajar selepas diberi nasihat.

D
Hafiq menasihati Cikgu Bahariah supaya bersemangat untuk belajar.

Soalan 25 hingga soalan 27
Pilih ayat-ayat yang betul.

25.
I
Kucing itu tidak dapat berjalan kerana kakinya cedera.

II
Model itu memberitahu bahawa dia sudah berkecimpung dalam dunia peragaan sejak 20 tahun yang lalu.

III
Emak berjalan sambil membimbit sebuah bakul.

IV
Esak tangis jirannya dapat didengar hingga ke luar rumah.


A
I dan II sahaja

B
II dan IV sahaja

C
I, II, dan IV sahaja

D
I, II, III, dan IV sahaja

26.
I
Para pelajar sedang membersihkan longkang yang tersumbat itu.

II
Oleh kerana hujan lebat, mereka tidak dapat ke sekolah.

III
Penulis itu tidak dapat menghabiskan karyanya kerana ketandusan ilham.

IV
Pihak polis menahan dua orang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pergaduhan itu.


A
I dan IV sahaja

B
II dan IV sahaja

C
I, III dan IV sahaja

D
I,II,III dan IV sahaja

27.
I
Penyanyi itu memperdengarkan suaranya yang sangat merdu.

II
Rambut adik kusut-masai selepas bangun daripada tidur.

III
Lantai yang baru dicuci itu sangat licin-licau.

IV
Pemidato itu terus memperdebatkan hujahnya dengan lantang.


A
I, II dan III sahaja

B
I, II dan IV sahaja

C
I, III, dan IV sahaja

D
I, II, III, dan IV

Soalan 28 hingga soalan 30.
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.

28.
Peribahasa di bawah menggambarkan sikap yang mulia kecuali


A
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

B
ibarat padi, semakin tunduk semakin berisi

C
diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat

D
ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

29.
Sejak kecil lagi anak – anak Pak Samad diberi didikan agama secukupnya. Perbuatan yang dilakukan oleh oleh Pak Samad diibaratkan seperti


A
cubit paha kiri, terasa paha kanan

B
bagaimana acuan begitulah kuihnya

C
kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

D
melentur buluh biar dari rebungnya


Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa balasannya

30.
Peribahasa di atas bermaksud


A
Setiap hukuman mestilah bersesuaian dengan kesalahan.

B
Orang yang mempunyai hutang perlu menjelaskannya sebelum meninggalkan dunia.

C
Setiap hutang yang dipinjam perlu dijelaskan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

D
Orang yang kaya selalu memberi pertolongan kepada orang yang miskin.








Soalan 31 hingga soalan 35
Baca petikan  di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai.

  
Maka sahut oleh nenek kebayan, “Adapun sekian lamanya tiada hamba bawa kerana kanak-kanak ini kurang bahasanya lagi. Itulah sebabnya maka tiada hamba bawa berjalan.”
            Maka segala orang yang melihat rupa Inderaputera itu terlalu kasih hatinya. Ada yang memberi kain dan pakaian daripada seorang kepada seorang. Demikianlah peri sebab kasih kepada Inderaputera itu; dan sesiapa yang memandang kepada Inderaputera itu nescaya kasih hatinya, tiadalah lepas lagi daripada hatinya, demikianlah perinya. Maka adalah pada tiap-tiap hari demikianlah nenek kebayan pulang ke rumahnya tiada terbawa pemberian orang kepada Inderaputera itu pada sehari-hari.
            Arakian selama nenek kebayan beroleh Inderaputera maka kebun nenek kebayan pun terlalu lebat tiada lagi terkira-kira bunganya dan berapa lamanya, maka nenek kebayan pun kayalah sebab beroleh harganya bunga dan pemberian orang pada Inderaputera.
            Hatta maka pada suatu hari nenek kebayan pergi kepada Perdana Menteri dipersembahkan bunga dengan Inderaputera. Maka kedua-dua berjalanlah ke rumah Perdana Menteri. Setelah sampai ke rumah Perdana Menteri seraya mempersembahkan bunga kepada Perdana Menteri. Maka dilihat oleh Perdana Menteri nenek kebayan datang membawa seorang kanak-kanak itu terlalu amat indah rupanya.
            Maka Perdana Menteri itu pun bertanya, “Hai nenek kebayan! Anak siapa kau bawa ini?” maka sembah nenek kebayan seraya berkata, “Ya, Tuanku Perdana Menteri! Inilah cucu hamba.”

    (Dipetik dan diubah suai daripada Antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2)

31.
Mengapakah orang ramai yang melihat Inderaputera akan memberikan hadiah kepadanya?


A
kerana mereka sangat sayang akannya

B
kerana Inderaputera sangat miskin

C
kerana Inderaputera pandai bercerita

D
kerana Inderaputera anak yatim piatu

32.
Apakah yang berlaku di kebun nenek kebayan sepanjang Inderaputera tinggal bersama-samanya?


A
Tanam-tanamannya mati.

B
Tanam-tanamannya berbunga lebat.

C
Tanam-tanamannya tidak mengeluarkan hasil.

D
Tanam-tanamannya terbiar.


33.
Latar tempat dalam petikan di atas ialah


A
kebun Perdana Menteri.

B
rumah Perdana Menteri.

C
istana Perdana Menteri.

D
dapur nenek kebayan.

34.
Teknik dialog terdapat dalam


A
perbualan nenek kebayan dengan Inderaputera.

B
perbualan Perdana Menteri dengan Inderaputera.

C
perbualan nenek kebayan dengan Perdana Menteri.

D
perbualan nenek kebayan dengan pengawal.
                          
35.
Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah


A
rezeki yang melimpah ruah.

B
masyarakat yang suka bersedekah.

C
masyarakat yang mementingkan kecantikan.

D
masyarakat yang hormat menghormati.

Soalan 36 hingga soalan 40
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai.


PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Gaharu, cengal, giam,
          Tak tahu, tak kenal, diam.

Dengar cakap enggang makan buah belolok,       
     Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

Jika ada padi berhampalah,
     Jika ada hati berasalah.

Ada beras taruh dalam padi,
      Ada ingat taruh dalam hati.

Sakit pandan tak tahukan duri,
     Sakit badan tak tahukan diri.

Mahal imam, murahlah khatib,
      Mahal demam, murahlah sikit.
                       (Dipetik dari  pada Antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2)

36.
Apakah nama tumbuhan yang disebut dalam pantun di atas?


A
Jati dan gaharu

B
Cengal dan jati

C
Gaharu dan giam

D
Cengal dan meranti

37.
Maksud rangkap keempat pantun di atas ialah


A
orang yang sentiasa beringat-ingat akan lupa sekelip mata sahaja.

B
orang yang sentiasa beringat-ingat akan menyematkan sesuatu perkara di dalam hati mereka.

C
orang yang tidak ingat apa-apa akan menjadi gila.

D
orang yang ingat sesuatu akan membiarkan dirinya.

38.
Pilih gaya bahasa yang sesuai dalam rangkap keenam.


A
Inversi

B
Anafora

C
Metafora

D
Hiperbola

39.
Pengajaran yang sesuai bagi rangkap kedua ialah


A
kita hendaklah mendengar kata orang lain sepenuhnya.

B
kita hendaklah membiarkan diri kita masuk ke lubuk.

C
kita hendaklah menyelidiki dan mempertimbangkan kata-kata orang lain.

D
janganlah kita mendengar kata sesiapapun.

40.
Persoalan yang menggambarkan sensitiviti seseorang merujuk kepada rangkap pantun
           

A
pertama

B
keempat

C
kelima

D
ketiga

No comments:

Post a Comment